Monday, September 29, 2008

Ramadhan yang berlalu

Ramadhan yang berlalu
Ramadhan akan pergi meninggalkan seluruh umat islam tidak berapa lama lagi, namun yang menjadi persoalan adakah umat islam kini seperti umat islam ketika zaman rasulullah dan sahabat dahulu, yang merindu ramadhan menanti suatu hadiah yang besar dari Allah, meskipun tidak dapat dilihat dengan mata. Ketika itu pemergian mu ditangisi, tapi kini pemergian mu penuh hilai tawa dan gembira seolah tidak sedar akan kemulian dan ganjaran yang Allah janjikan pada bulan Ramadhan ini.

Pengertian bagi umat islam kini lebih sempit, ramadhan sinonimnya puasa dan hari raya. Puasa satu penyeksaan dan hari raya satu kegembiraan yang sukar di ungkap. Ramadhan dan syawal, yang mana diutamakan umat islam kini? Bila berbicara mengenai ini aku terkenang akan satu kuliah subuh di masjid Geting. Digambarkan pada zaman sahabat pada akhir syaaban para sahabat gembira menanti Ramadhan yang mulia, sehingga di katakan menjadi perbualan hangat para sahabat apabila bertemu dan mengucapkan “Ramadhan akan datang wahai sahabatku”.“ahlan wasahlan ya Ramadhan”. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya mereka.

Tapi kini umat islam di Malaysia (tidak semua,kebanyakan). Di akhir Syaaban sudah berkira-kira untuk persiapan hari raya, bajunya, biskutnya, perhiasan rumah diri pendek kata hal ehwal hari raya. Sedangkan ruh Ramadhan tidak dirasai langsung, malahan ada yang mengeluh “alamak, terukla kita kena puasa”. Gelisah untuk berpuasa, seolah puasa ramadhan tidak diundang, malah cuba dikekang. Sedih bila mengenangkan ada segelintir yang bersifat demikian. Mana tidaknya sehinggakan hampir semua kampung, taman, bandar, ada saja cerita orang ponteng puasa (lelaki dewasa, sihat tubuh badan). Sehinggakan tuan imam sebelum berkhutbah jumaat perlu mengingat jemaahnya yang berniaga, usah menjual makanan melalui pintu belakang dan usah bersubahat dengan mereka. Sedih sungguh!

Ramadhan itu digelar penghulu segala bulan. Padanya Allah menurunkan Al-Quran (17 Ramadhan), banyak sungguh keistimewaan ramadhan. Aku nantikanmu, pemergiamu amat memilukan. Segala amalan wajib kita digandakan, pada nya juga ada satu malam yang mana Allah menjanjikan 1000 bulan gandaan kebaikan pada malam tersebut “malam lailatulqadr itu lebih baik dari 1000 bulan( surah Al-Qadr : ayat 3). Teringat pula macam mana aku menceritakan kepada anak anak murid dalam menerangkan gandaan ramadhan. “baiklah murid-murid, semua ada tabung kan???, bagus, cuba kamu bayangkan ibu kamu memberi RM1, kamu masukkan wang tersebut dalam tabung, tiba-tiba wang kamu jadi RM1000. Kamu nak x?? bersungguh mereka menjawab “Nak..” baiklah begitulah keistimewaan ramadhan ini, Allah menggandakan pahala amalan kita, jadi kita tergolong dari orang yang rugi jika kita tidak melakukan amalan. Bla.bla. sambil aku menceritakan amalan-amalan sunat yang digalakkan pada bulan ramadhan.

Matlamat utama kita pada bulan ramadhan berdasarkan ayat yang sering kita baca pada bulan ramadhan, malamatnya ialah semoga kita beroleh Taqwa. Ramadhan adalah bulan tarbiah atau latihan, kita lihat betapa Penyayang dan pengasihnya Allah, dia yang menciptakan kita, dia pula menghadiahkan kita ramadhan, dia juga yang member latihan atau tarbiah kepada kita pada Ramadhan ini. Latihan utama ialah melawan nafsu di dalam diri kita. Nafsu makan, nafsu berhias, nafsu membeli, nafsu syahwat, nafsu merokok, nafsu sombong bongkak. Segala nafsu itu adalah penyakit kepada kita. Pada siang hari selama lebih kurang 13 jam kita mampu mengawal nafsu kita, mengapa di luar puasa tidak kita menterjemahkan apa yang kita peroleh dalam bulan ramadhan kedalam kehidupan seharian kita. Biarlah nafsu itu selaras atau seiring dengan islam. Musuh utama kita pada ramadhan ialah nafsu kita kerana syaitan telah dibelenggu pada bulan ramadhan.

Syaitan telah melatih (merecruit) nafsu kita biar seiring dengaan mereka ke nereka, pasti kita enggan menjadi teman mereka di neraka. Sebagai akhir nya saya mengingatkan diri saya dan rakan pembaca sekalian, semoga kita sedar akan kepentingan tarbiah ramadhan dan bawalah ruhnya kehari-hari mendatang semoga kita beroleh ketaqwaan dan keampunan dari Allah. “Ya Allah ampuilah kami”, redhalah kami sebagai hamba MU”. Amin.


Thursday, September 25, 2008

Dugaan kesakitan

DUGAAN KESAKITAN
Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya, begitu juga dengan diri aku yang bergelar Mohd Hasbi. Bila ku semak diari harian aku terkenang akan kesakitan yang aku alami pada awal bulan Julai, sudah berapa bulan berlalu, namun peritiwa itu tetap aku kenang sampai bila-bila.

Bila aku diuji aku terkenang satu potong ayat al-quran yang mengingatkan aku, Adakah kamu fikir Aku(Allah) akan biarkan kamu berkata kami beriman kepada Mu(Allah) tanpa diuji?. Aku beriman yang dengan ayat Quran seluruhnya, itulah kekuatan yang aku pegang agar aku terus teguh.

Sakit itu juga dugaan Allah kepada umatnya, antara nikmat yang sering kita lupakan nikmat ketika sihat dan nikmat waktu lapang. Jadi ketika sihat sahabatku bersyukurlah manfaatkan kesihatanmu untuk kebaikan ummah. Sebagai muqaddimahnya ingatilah nikmat kesihatan yang kau kecapi.

Tanggal 8 Julai 2008 aku terima memo (surat lantikan) untuk menjadi guru ganti di Sek Keb Tumpat. Alhamdulillah syukur , Allah yang mengurniakan rezeki, tambahan pula aku sudah punya tanggungan. Selepas beberapa hari aku berkhidmat, aku ditimpa penyakit.

Aku diserang demam denggi, kesakitan yang teramat sangat pada permulaan demam. Aku redha dengan ujian Allah. Aku tak pernah merasakan demam yang sehebat ini. Sakit hingga menusuk ke tulang, pinggang ku seolah-olah tidak boleh bergerak, kepala berdenyut akibat panas yang melampau.

Tanpa isteri disisi pada permulaan demam memang menyakitkan. Allah kurangkan sakit ku, ingatan pada Allah semakin kuat ketika kita sakit kerana kita yakin bahawa semua itu dari Allah dan Allah jualah yang menyembuhkannya. Bukan bererti pada masa kita sihat kita lupakan Nya tapi inatan pengharapan itu bertambah bila kita diuji, bila sihat aku terfikir rupanya sakit itu juga ada hikmahnya. Hubungan kita dengan Allah semakin rapat dan apabila kita sihat kelak jangan pula kita alpa.

Selepas dapat tahu yang aku demam teruk, isteriku terus bergegas pulang untuk menjaga aku. Aku izinkan dia pulang ke kampung, maklumlah kangan sama mek dan ayah, anak bongsu. Tapi tanggungjawab terhadapsuami tak pernah dia abaikan. Alhamdulillah ya Allah kerana kurniakan isteri yang bertanggungjawab, penyayang, comel, dan banyak lagi. Mungkin dalam artikal lain akan diceritakan.Hehhehe. Promote suruh cepat nikah.

Selepas beberapa hari terlantar di rumah, aku dapatkan rawatan doktor kerana dalam islam tidak salah berubat dan berikhtiar untuk sembuh. Hakikat dari Allah semua kesembuhan dan kesakitan. Pada awalnya Alhamdulillah berkurang sedikit panas, namun tidak bertahan lama. Demam semakin kuat, aku mengambil keputusan untuk terus ke hospital daerah. Selepas menjalani pemeriksaan suhu dan darah, aku disyaki denggi.

Aduh, aku terpaksa ditahan di dalam wad sehingga darah dan suhu ku stabil. Pada mulanya satu penyeksaan bagi aku maklumlah badan tidak berupaya kena tinggal dalam wad. Pergerakan memang terbatas dan jauh untuk ke tandas. Perkara yang selalu dilakukan apabila kita berada dalam wad “masuk air”. Memang merimaskan tapi apakan daya itu yang terbaik. Purata 5-6 botol air dalam sehari. Seksa.

Bagi pesakit denggi, mereka digalakkan minum banyak air terutama 100 plus agar kuman denggi dapat dikeluarkan melalui mekanisme buang air kecil. Memang aku cuba minum sekurang-kurangnya 2 botol besar air 100 plus. Mual tekak dibuatnya. Memang tatkala penat bermain badminton air 100 plus terasa nikmat.Tetapi kalu dah berbotol sehari mual tekak dibuatnya. Ikhtiar itu perlu.

Alhamdulillah semakin hari bertambah baik. Kesian pula bila mengenangkan isteri yang setia menemani aku dan juga keluarga setiap hari melawat . Beberapa malam juga isteriku menemani aku di wad. Terharu aku dibuatnya dengan keadaannya yang mengandungkan anak pertama kami. Setelah aku berupaya menjalani kehidupan sendiri di wad, aku nasihatkan isteriku supaya tidak menemani ku lagi. Dia perlu banyak berehat.

Semakin hari bertambah baik. Alhamdulillah ya Allah. Sembilan hari yang menyeksakan di wad. Kalau ikutkan darah aku tidaklah stabil sangat, Cuma ada peningkatan tapi DR tetap benarkan aku pulang, mungkin memahami situasi aku yang kebosanan di dalam wad.

Banyak pengajaran yang aku dapat. Ujian Allah tidak sia-sia pasti ada hikmahnya. Yang paling penting aku dapat ialah “sabar” dan tawakkal kepada Allah. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Terima kasih buat isteri tercinta kerana sabar dan setia menjaga diri ini. Keluarga juga, ikatan kekeluargaan harus dijaga agar wujud kasih sayang yang murni.