Friday, July 24, 2009

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH.SYUKUR..
Kini selangkah ke hadapan untuk bergelar guru(ustaz)...Memenuhi ilmu perguruan di UDM..Universiti Darul Iman Malaysia-kampus Kusza. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI ambilan Julai 2009. Alhamdulillah, tahniah juga buat Isteri yang juga bergelar Ustazah...Jqaf s.k kajang utama..Biar berjauhan terpaksa berkorban demi cita dan ilmu.

Monday, March 2, 2009

Kelahiranmu suatu rahmat.Titipan buat NURHANAN NABIHAH

Kelahiranmu suatu rahmat.
Alhamdulillah pada tanggal 28 oktober 2008 bersamaan 28 Syawal 1429 hijrah lahirlah seorang puteri yang menjadi cahaya mata kami. Pengalaman pertama menjadi seorang papa cukup mengujakan, penuh suka dan duka. Duka, apa yang tersimpan disebalik kelahiran zuriat pertama kami. Allah sahaja yang tahu, benar sungguh kata orang melahirkan ibarat bertarung antara hidup dan mati. Sakit, tanyalah ibu anda. Jadi bakal-bakal suami dan bapa anda tersangat lah dituntut berada di dalam bilik bersalin ketika isteri kita melahirkan. Sakit untuk melahirkan sukar untuk diungkap. Pada petang hari isnin isteriku mengadu sakit perut, lalu aku membut keputusan untuk pergi ke Hospital Tumpat kerana berdekatan dengan rumah disamping tidak terlalu padat. Pada awalnya tidaklah terlalu sakit. Tetapi bila tiba malam, sakit semakin kuat. Gelisah di buatnya,di wad bersalin lelaki tidak dibenarkan untuk menunggu, mujurlah ibu mertua ku sanggup menunggu anak kesayangannya. Gelisah sungguh gelisah. Tidak lena tidur dibuatnya. Keesokan paginya selepas subuh aku terus ke hospital. Sedih dan terharu,melihat kesakitan yang ditanggung isteriku. Kedu aku dibuatnya. Tak sanggup melihat kesakitan . Mengerang kesakitan. Tidak lama kemudian isteriku di bawa ke bilik bersalin (labour room). Semakin gelisah bakal seorang papa, tidak membenarkan mengharapkan isteri selamat melahirkan tanpa masalah. Masa berdetik tanpa disedari, lebih dari tiga jam berada di dalam bilik bersalin. Pesakit silih berganti melahirkan. Tapi isteriku masih berada didalam dilik bersalin lagi. Prosedur Hospital Tumpat tidak membenarkan suami berada disisi isteri sekiranya ada pesakit lain. Terpaksalah aku menunggu diluar. Setelah semua pesakit melahirkan dengan selamat kecuali isteriku seoramg yang masih berada di dalam. Jururawat memanggil namaku untuk masuk bersama di dalam bilik bersalin.
Melangkah sahaja ke dalam bilik bersalin, sebak mengiringi hati ini, melihat isteri sedang mengerang kesakitan. “Ya Allah mudahkan isteriku melahirkan anak pertama kami” hatiku selalu berdetik berdoa kepada Pencipta Pemilik diriku dan isteri. “Ampunkanlah dosa kami”. Kalu ikutkan hendak menitis air mata kesedihan. Tapi aku tahan jua sebagai motivasi kepada isteri aku. Takkanlah kita yang memberi motivasi kepada isteri kita turut mengalah. Kuatkan semangat. Pada masa getir begini kita dituntut banyak membaca ayat-ayat alquran, berzikir, berdoa dan berselawat. Setelah 2 jam aku berada di dalam, isterku hampi 5 jam. Bidan-bidan di situ cuba sedaya upaya mungkin. Ketua jururawat di situ sungguh baik hati, tidak putus-putus berusaha dan memberi motivasi kepada isteriku. Akhirnya mereka merujuk kepada doktor, setelah diperiksa akhirnya doktor keluar memberi tahu keadaan isteriku dan menasihatkan apa yang patut aku buat. “ jika En diminta menandatangani untuk pembedahan, tandatanganlah demi keselamatan anak dan ibu”
Isteri ku terpaksa dihantar ke Hospital Kota Bharu dan berkemungkinan menjalani caesarean(pembedahan). Bertambah tragislah diri ini. Air mata dapat kulihat pada kelopak mata ibuku dan kakak ipar mengiringi isteriku. Aku tahan jua. Tanpa membuang masa isteriku ditolak menaiki ambulan. Aku menemani isteriku menaiki ambulan. Pengalaman pertama menaiki ambulan bersirin. Tapi aku sedih dengan sikap orang Kelantan, kurang yang memberi laluan kepada ambulan dalam kecemasan. Seingat aku ketika di Universiti, warga Kuala Lumpur apabila ada ambulan mereka akan memberi laluan sambil memunyikan hon sebagai peringatan supaya memberi jalan kepada ambulan. Semakin cemas berada didalam ambulan, dua jururawat menemani isteriku dibelakang. Sambil member I semangat kepada isteiku supaya bersabar. Berdoa dan bertawakkal lah aku didepan semoga isteriku selamat bersalin. Setelah berada selama 20 minit didalam ambulan, tibalah kami di HKB. Isteriku ditolak masuk kedalam bilik bersalin. Aku diminta tunggu diluar. Tidak dibenarkan masuk. Setelah membuat pendaftaran dan bayaran deposit. Setelah solat Zohor aku berdoa agar Allah mempermudahkan isteriku melahirkan.”Rabbi yassir wala Tu’assir Ya Karim” .Aku masih menunggu, kalau-kalau ada borang yang perlu diisi untuk menjalankan pembedahan. Semakin geliasah aku di kaunter. Mundar-mandir kegelisahan.
Tepat jam 4 petang, jururawat pelatih memanggil namaku. Semakin gelisah. “En Hasbi ye, minta baju baby ”. Dengar sahaja perkataan itu. “Alhamdulillah syukur kepada Allah. SYukur,syukur.” Perkaaan itu pernah aku dengar ketika di Hospital Tumpat sebelum ini, tanda selamat melahirkan. Setelah bertanyakan perihal isteri dan anak, mereka kata anak dan ibu sihat. Jantina rahsia katanya, En tengok sendiri ye. Terima kasih ya Allah, kerana memudahkan jalan kami, biarpun ada halangan. Setelah setengah jam berlalu aku meminta kebenaran untuk mengazankan dan iqamah anak, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Biarpun tidak dapat menemani isteriku ketika di HKB, tetapi kesakitan yang dialami di Hospital Tumpat, telah menggambarkan serba sedikit bagaimana sakit bersaliin. Terima kasih sayang kerana mengandungkan anak kita dan bertarung melahirkan anak pertama kita. Setelah ditanya kenapa tak panggil abang masuk bersama dia kata “takut nanti susah nak bersalin, takut jadi manja bila abang ada.”

Kenyataan rasminya berbunyi NOOR AZLINA BT MOHAMED TELAH SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG BAYI PEREMPUAN SEBERAT 2.9 KG DENGAN KAEDAH BIASA. Alhamdulillah, kini aku bergelar papa, kini bermulalah episode hidupku sebagai seorang bapa yang akan mendidik, menta’dib anakku. NUR HANAN NABIHAH BT MOHD HASBI. “Ya Allah berikanlah aku hikmah untuk mendidik anakku agar menjadi anak soleh dan solehah dan menjadi pejuang agamaMu kelak”

Buat Hanan, papa titipkan coretan ini buat Hanan sebagai sejarah dan perangsang untuk diri Hanan dalam melayari hidup sebagai Sri Kandi Islam. Permata hati papa dan umie jadilah umat islam yang cemerlang dunia akhirat. Hanan, kasih dan sayang papa sertakan bersama coretan ini.