Sunday, June 15, 2008

Kenapa nak jadi Ustaz atau Guru???

Sebaik sahaja iklan kpli dan dpli di buka, saya seperti rakan-rakan seangkatan tahun akhir yang lain, tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba nasib dan membina kerjaya sebagai seorang ustaz atau cikgu. Cita-cita yang murni, bukan profesion pilihan terakhir tetapi yang UTAMA..Bila berbicara tentang cita-cita, susah untuk kita jelaskan. Bercita-cita,namun kita sering kali terlupa bercita itu berpijak pada bumi nyata atau tidak...Bukan saya salahkan bercita-cita tinggi dan berazam, tapi cita-cita kita sering berubah, kenapa? Itulah hakikat cita-cita dan kerjaya.Tentu sahabat pun berada didalam dilema yang sama. Saya telah berbincang dengan ramai sahabat tentang kerjaya dan cita-cita.Bukan tidak bercita-cita, namun semua itu perlukan perancangan dan kesusaian diri kita. Minat sewaktu kecil tidak sama dengan minat ketika usia remaja, begitu juga minat ketika belajar di ipt, dan setelah bergelar graduan...Kita yang akan mencorak masa depan kita..
.
.
Bila berbicara soal cita dan kerjaya, saya teringatkan perbincangan diantara sahabat saya Hasyrie Rusydie di Kolej 10 dan perbincangan didalam kelas kaunseling dakwah bersama ustz Fakhrul Adabi di APIUM, mereka ada bertanya apa cita-cita dan perancangan masa hadapan. Sememangnya saya tidak akan menjumutkan diri saya kepada hanya satu cita, tetapi berilah diri kita diberi pilihan. Saya telah memecahkan cita-cita saya kepada tiga pilihan utama.
.
.
Pertama, bidang perniagaan, saya sememangnya lahir dari keturunan orang yang berniaga. Datuk sebelah ibu saya, datuk yang telah lama pergi ke Rahmatullah, merupakan seorang saudagar kain yang hebat ketika muda, namun ketika beliau berusia, beliau lebih berminat dalam perniagaan hartanah dan pertanian. Zaman kanak-kanakku penuh dengan kemanjaan bersama datuk tercinta di kebun buah-buahan, kebun kelapa miliknya, kolam ikan kelinya dan banyak lagi aset-aset yang dimilikinya. Semua ini memberi azam untuk saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kini kebanyakan ibu dan bapa saudara saya terlibat dengan perniagaan kain tudung secara besar-besaran, tapi saya banyak belajar dari pengalaman mereka dan membuatkan saya agak berhati-hati sebelum menceburkan bidang ini. Bayangkan orang yang berhutang dengan mereka kalau ditotalkan mencecah ratusan ribu. Perniagaan bukan membabitkan satu pihak sahaja, banyak pihak, sepertimana yang dikatakan saudara nik. Orang hutang kita, kita pasti berhutang juga dalam soal upah, kos bahan mentah dan banyak lagi. Jadi cukup memeritkan bidang ini, namun semangat diri ini tidak pernah patah, cuma menunggu masa, merancang dan menyusun strategi. Perniagaan adalah Sunnah nabi, wajarlah kita memilih bidang ini. Sebab utama akan saya rangkulkan di dalam kesimpulan nanti.
.
.
Kedua ialah ahli politik. (Politicians) sound good, but behind its??figure it up your self. Sememangnya saya bercita-cita ingin menjadi wakil rakyat, samada DUN atau parlimen. Seandainya kita bersedia untuk menceburi bidang ini, kita haruslah menjadi seseorang dalam masyarakat. Saya tahu cita-cita ini agak tinggi, namun disebaliknya tersimpan seribu satu kemurnian jiwa untuk berbakti kepada masyarakat dan rakyat dan paling utama kita berbakti kepada agama. Kita berkhidmat untuk rakyat. Kenapa agaknya cita-cita ini tertanam dalam diri saya. Saya melihat krateria yang penting dalam diri wakil rakyat, beriman, berilmu, peramah, ambil berat, pandai bersiasah, petah bertutur, karisma, berpengaruh, bijak, dan banyak lagi menjadi penyuntik semangat kepada diri saya. Saya ingin semua watak dan sikap-sikap diatas ada pada diri saya. Pembentukan diri untuk menjadi seorang wakil rakyat, itu yang penting bagi saya. Saya simpan dahulu cita-cita saya selagi saya tidak dapat menguasai 80% dari krateria yang saya sebutkan. Sebab itulah saya harus belajar dari segi teori dan belajar dengan pengalaman. Sesungguhnya pengalaman adalah mahaguru yang cukup terkesan dalam jiwa setiap insan.
.
.
Ketiga.Academicians. Satu cita yang kini bermain-main didalam kotak mindaku dan sanubariku. Saya sememangnya sedang memilih laluan ini sebagai laluan dan kerjaya yang utama. Semoga Allah memberkati dan meredhai laluan pilihanku. Disinilah bermula segalanya. Kanak-kanak mengenal huruf, mengeja, membaca dan mengira. Sungguh murni jasa guru. Kemurnian dan ketelusan jiwa ingin ku bentuk dalam diri agar diri ini menjadi orang yang dicintai oleh Allah dan diberi keazaman untuk bersama mebina ummah yang bertamadun. Namun bagi saya pengertian ahli akademik itu luas. Bermula dari guru sek rendah, menengah, hinggalah ke IPT. Semua peringkat berjasa pada agama dan bangsa dengan cara tersendiri mengikut levelnya. Saya juga bercita menjadi seorang pensyarah. Di sebalik cita itu ada tersimpan seseorang yang menjadi role model dan pembakar semangat.Sepupu abah. beliau disegani didalam keluarga kami. Sehinggakan saya pun menjadi segan apabila terserempak di APIUM. Seorang Pensyarah di jabatan dakwah, mantan Pengarah APIUM. Setiap kali terpandang karya beliau, hati ini akan berbisik, suatu hari nanti saya juga akan menghasilkan karya tersendiri. Namun buat masa ini saya memilih untuk menjadi seorang guru, bermula dari bawah, membentuk peribadi pendidik yang gemilang. Mendaki tangga-tangga kehidupan.
.
.
Tetapi kenapa ye???mungkin kerana aku ni dah berkeluarga ke???atau kerana aku bakal menjadi seorang bapa???? Antara sebab juga, namun bukan yang utama. Sebab paling-paling utama yang kini menjadi prinsip saya ialah, bila terkenang satu tazkirah ringkas dan padat ketika menghadiri jamuan dan gathering majmuah 3, nilam puri di sepang. Di kediaman ustaz Muin, yang kini sudah berpindah di UK Perdana. Beliau mempersoalkan apa yang kita buat, belajar, dan berkerjaya, apa manfaatnya untuk Umat Islam. Jadi disitulah titik mulanya bahawa setiap pekerjaan yang kita buat dan kerjakan biarlah ianya memberi sesuatu input yang bermanfaat kepada Islam dan umatnya. Berniaga sebagai contohnya dapat mengukuhkan ekonomi umat islam, membantu yang dalam kesusahan, membayar zakat, dan bersedekah.Wakil rakyat yang berkhidmat untuk agama dan umat Islam. Pendidik, mendidik bakal pengemudi masa depan umat Islam.

1 comment:

ibnu Kamaruzaman said...

Bi, memang kita ditakdirkan bertemu dalam suratan ILAHI. Impianmu hidup mu sama dengan diriku. Engkau ada 3 impian, begitu juga diriku. Bezanya sekarang kau memilih jalan pendidik. Aku juga mempunyai jiwa seperti itu. Tapi aku memilih jalan perniagaan. Engakau sudah beristeri dan bakal menimang cahaya mata. aku masih terkial-kial mencari. Namun aku sudah melangkah kaki ku ke bidang perniagaan. InsyaAllah berjaya. Semoga bakal kehiran anak sulong mu bakal mencurahkan sejuta rezeki dari ILAHI. Salam sayang dari hasyrie.